
"Dan ingatlah Allah maha kaya (tidak berhajat kpd sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kpdNYA dlm segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dgn kaum yg lain ; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan spt kamu"
Bila berkata mengenai hidayah, banyak takrifan yg kita boleh dapat. tapi yang pasti hidayah ni satu kurniaan, anugerah yg sgt isti,mewa. dan ianya hanya di beri oleh Allah swt. tak ke benar , benarkan..jika ia dikatakan sangat istimewa kerana ia di beri oleh sang maha pencipta.
Pemilihan kita utk berada di jalan ini juga merupakan hidayah dr Allah swt. sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang.
Bila berfikr, merenung apa yang telah diri ni lalui, kepayahan dan kesenangan, memang tak dapat nafi betapa besarnya kasih Allah utk ku..kehidupan, kejerihan, kesakitan yang dialami mengajar aku menjadi hambanya yang benar2 redha dengan ketentuanMU. hati mula memujuk diri, dgn ayat -ayat MU..INSYA ALLAH, diri ini tidak akan menangis lg dengan cubaan- cubaan dunia yang sampingan sahaja. Berjanjilah wahai diri..
Buat teman-teman seperjuangan, syukran jazaa' diucapkan. kerana melihat kan kesungguhan , kepayahan yg ntum harungi memberikan sumber inspirasi juga utk terus berusaha memberikan yang terbaik utk agama ini.hanya doa yang yang dapat dititipkan, agar diri ini, diri sahabat2 akan terus kekal di jalan ini..
"Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmatnya. Ya Allah kpdMU kami beribadah, dan utkMU kami salat dan sujud, kpdMU kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmatMU dan takut azabMU. Ya Allah, kami mohon pertolonganMU, kami meminta ampun dariMU, memujiMU dgn kebaikan, tidak kufur kepadaMU, beriman kpdMU.
Ya Allah berilah rasa takut kpdMU agar kami dapat menghalangi dari bermaksiat kpdMU, berilah ketaatan kpdMU agar dgnnya dapat kami sampai ke syurgaMU. Berilah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami. Ya Allah berilah kami kepuasan dengan pendengaran kami, penglihatan kami, berikan kami kekuatan selama Engkau memberi hidup kepada kami.Jadikanlah itu semua yang mewarisi kami. Janganlah Engkau menimpakan cubaan dlm agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini menjadi tujuan agama kami.
Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran dan jadikanlah ia sbg pemimpin, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang telah kami lupakan dari Al-Quran. Ajarilah kami dari Al-Quran apa yang belum kami ketahui. Dengan rahmatMU , Ya Allah..
Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMU, kami berada dalam kekuasaanMU. Ya Rabb, tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami dan kurniakanlah kpd kami rahmat dari sisiMU. sesungguhnya Engkau maha perberi kurnia.
Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan jika Engkau tidak mengampuni kaminescaya kami termasuk orang-orang yang rugi. Ya Allah, ya tuhan kami, kami memohon kpdMU petunjuk, ketaqwaan dan sikap iffah (menjaga diri dr meminta-minta) seta kekayaan.
Ya Rabbul izzati, kami memohon kpdMU, agar Engkau menjadikan umur kami pada akhirnya sebaik-baik amal pd penutupannya, sebaik-baik hari adalah hari saat bertemu MU. kami memohon agarEngkau menjadikan kuburan setelah berpisah dgn dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami dan luaskanlah liang lahat kami, rahmati saat kami memnjadi rendah pd waktu menghadapMU. tetapkanlah kaki-kaki ini diatas sirat, selamatkanlah kami dari kesusahan kiamat, putihkan wajah kami ketika saat berjumpa dengan MU , ya Allah..kami memohon agar Engkau mensucikan kerosakan hati kami dengan taubat dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kpdMU dan memberikan pemberian yang besar dgn memilih kami mendiami syurgaMU, ya Allah.
Ya Allah, menangkanlah islamdan kaum muslimin, menagkanlah para mujahidin, Ya Allah, Kau satukanlah hati-hati kami, berikan keteguhan, limpahkan kesabaran dalam hati kami, campakkan lah sebanyak mana ujian kerana kami tahu itu yang terbaik buat kami bilamana sesuatu itu telah Kau tetapkan, pastinya Kau telah menyediakan hikmahnya, moga dengan ujian yang Kau takdirkan itu, akan menjadikan kami lebih kuat, dan lebih teguh di masa akan datang.
Ya Allah, Ya tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha mendengar dan maha mengetahui. Dan kami bertaubat kpdMU. sesungguhnya Engkau maha penerima taubat dan maha penyayang. Ya tuhan kamiberilah kebaikan di dunia dan akhiratdan peliharalah kami dari seksaan api neraka mu.
Selawat dan salam atas Rasulullah dan keluarga serta sahabatnya..
Dan segala puji hanya bagiMU , tuhan semesta alam"
AMIN YA RABB AL 'ALAMIN

No comments:
Post a Comment